Monday, August 11, 2014

Mixer baru

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini, kami pergi ke kuantan. Sejam perjalanan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Sebenarnya mahu berkongsi satu kegembiraan. Hehe. Dulu saya pernah berbisnes menjual cupcake. Dan sejak berkahwin lebih-lebih lagi setelah melahirkan, hobi itu agak merosot sedikit.Yelah kesibukan mengadaptasi diri dalam situasi baru. Hehe. But I enjoy every minute of it.

Dan juga my mixer dah berlaku sedikit kerosakan di mana bila saya menggunakannya, ade sedikit pengaliran elektrik ke tangan saya. Ini sangat membahayakan. Takut pula rasanya. Ada jugak time berani, saya guna sarung tangan yang memasak tu, kononnya sebagai penebat haba. Hoho, scary jugak tapinya.

Jadi, saya pun berhenti melibatkan diri dari membuat kek buat seketika. Rindu juga, tapi takpelah, keselamatan patut diutamakan.

Tup-tup, hari ini encik suami yang baik hati mahu membelikan saya mixer baru. Wah, ini rezeki yang tidak diundang. Tapi sangat alhamdulillah!

Ada banyak pilihan mixer di pasaraya Giant tu, tapi saya shy-shy catlah pulak bila suami suruh pilih. Hehe, segan tiba-tiba. Jadi saya serahkan keputusan pada suami, terpulanglah nak belikan yang mana, saya kalau orang hadiahkan, saya guna aje..hehe.

Hati berkenan jugak yang ada steenless steel mixer tu, tapi mahal sikit berbanding yang lain. Takpelah, saya tak kisah pun mana-mana. Orang nak bagi pun alhamdulillah sangat dah.=)

Tapi tanpa disangka, encik suami pun suruh ambik yang itu. Hehe berbunga-bunga hati. Alhamdulillah, baiknya abang. hehe. ;p

Jadi bermulalah episod baru bersama mixer baru. Hari ini rasmikannya dengan membuat pavlova. Alhamdulillah! menjadi cantik pavlova ni. =) Semoga ada keberkatan pada hadiah ni, dan semoganya ia titik permulaan baru untuk memulakan kembali bisnes ini.

Terima kasih banyak abang!
=}

Hari indah untuk dikenang,
Fatin

Wednesday, August 6, 2014

Menggapai Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.

Hmm..Ikhlas. Susah benar mahu ikhlas. Jika ikhlas mesti benar-benar kerana Allah. Sepatutnya tiada rasa mahu dihargai. Atau dipuji. Atau disimpati.

Ikhlas yang sepenuh jiwa dihadapkan pada Allah. Letih, sakit, sedih, tak dikisahkan semua itu kerana tahu Allah Maha melihat. Allah yang akan menilai segala kesusahan kita. Bukan orang yang di tepi-tepi.

Jadi kenapa susah sangat nak ikhlas?

Hati. Hati tak berapa nak cantik. Mungkin, ya mungkin itu jawapannya.

Hmm..sejak ada suami ini, untuk berasakan manisnya keikhlasan tu agak mencabar. Oh benar sekali. Bila setiap saat dan minit kita bernafas di sebelah seorang manusia lain, maka rasa ingin dihargai itu melonjak-lonjak. Lebih-lebih lagi manusia itu adalah orang yang kita sayang. Ini pengakuan ikhlas dari saya yang lemah ini.

Jika dulunya hidup seorang, ikhlas lebih mudah sebab ye lah kan, kita sendirian. Nak baca Quran, solat sunat, dalam bilik takde orang pun tengok. Buat tak buat Allah yang tahu. Mudah sikitlah nak ikhlas berbanding dengan ada orang yang duduk bersama kita setiap waktu.

Ini tidak bagus. Kerana apabila kita mengharapkan sesuatu, samada 'ingin dilihat baik'(astagfirullahalzim), mengharapkan pujian pujian atau kata-kata manis dengan alasan untuk lebih bersemangat melakukan urusan kita, itu merosakkan hati kita sedikit demi sedikit. Nauzubillah.

Pernah satu ketika, saya menafikannya. Mulut berkata, benar saya buat kerja ni ikhlas, tapi hati ade juga tu mengharapkan dilihat atau dipuji suami. Oh ya Allah. Shame on me. Astagfirullahalazim lagi.

Sungguh, rasa macam ikhlas dah, konon buat sebab nak menggembirakan hati suami, masak sedap-sedap, hias cantik-cantik, hidang siap-siap. "Abang, jemput makan", kemudian bila suami makan, cepat-cepat bertanya, "sedap tak?" dengan harapan suami kata sedap. Well, ada masanya selera tak sama, jadi bila respon tak memberansangkan, ia mula menjadi satu kekecewaan.

Entahlah. Ia antara sedar atau tidak. Rasa dah cukup ikhlas masa masak, baca doa dan selawat lagi moga-moga mendapat keberkatan, tapi apabila tiba masa makan, suami komen sikit terus terasa hati sebab harapkan usaha dihargai. Terus hati jadi tak ikhlas tiba-tiba, Ada pulak pemikiran buruk yang muncul "kalau masak tak sedap, nanti suami tak suka, baik tak payah masak". See, tak ikhlas dah jadinya. Astaghfirullah. Malu pada diri sendiri.

Susahnya susahnya. Bila kita sayang seseorang, automatik rasa mahu dihargai itu ada. Beware-beware. Bukan selalu suami akan sedar perkara ni. Banyak lagi perkara penting untuk difikirnya.

Jadi formula untuk memujuk hati adalah ikhlas. Sangat susah sebab ia sangat halus. Pulak tu perempuan ni emosi dia tak berapa nak stabil. Mujahadah kena lebih lagi ni.

Ikhlas. Ikhlas. Ikhlas. Rasa nak tampal dalam hati dengan gam gajah. Biar buat kerana Allah. Tak nak dah pujian suami, tak kisah dah suami nak kata apa. Jangan pedulikan rasa nak dipuji tu..Yang penting apa Allah kata.

Ingat peranan dan tanggungjawab rasanya sikit sebanyak membantu. Buat saja apa yang perlu dibuat, tolong, jangan fikit apa yang suami nak kata. Ikhlas ikhlas. Arggh susah.

Semoga Allah bantu hati ini.

1. Ubat hati adalah QURAN, jadi ISTIQAMAH dalam membaca Quran, juga mentadabbur isinya adalah sangat penting.

2. Solat awal waktu. Allah akan jaga orang yang menjaga urusan Allah.

3. Amalan solat2 sunat juga, solat dhuha, taubat, tahajud perlu diberi perhatian. Please.

Baiki hubungan dengan Allah, pasti Allah akan baiki hati kita. Dan semoga bila hati cantik, ikhlas tu akan datang sendiri.

Hati yang tak ikhlas mampu merosakkan perhubungan, tahu tak?? Jadi mari berusaha menggapai Ikhlas.

Allahumma Rabbi Yassir Wa la tuassir.

Ya Allah permudahkan dan tunjukkan kami jalan untuk menjadi lebih baik di pandanganMu.

Nukilan,
Hati seorang isteri.

P/s ini hanya pandangan dan pendapat peribadi, tidak berkaitan dengan yang hidup atau mati. Mungkin benar mungkin juga salah. Wallahua'alam.

Tuesday, August 5, 2014

Fresh New Start

Assalamualaikum..

I start this brand new blog to capture my moments of being a wife and ummi.

Dengan rendah diri, saya sedar segala kebaikan dan nikmat yang Allah kurniakan hanyalah pinjaman. Menyedari hakikat itu, I would love to have a fresh start in sharing my opinions and experiences and hopefully this can be a good reminder for me in the future.

Saya sayang keluarga ini. Semuanya nikmat dari Allah. "Min haza Fadhli Rabbi" mengingatkan saya bahawa semuanya adalah dari Allah. Again, it is very important to keep that in my heart.

Thank you Allah for giving me such a great husband and a lovely son more than I can ever imagine. Min Haza Fadhli Rabbi. Pasti ada ujian kerana ujian itu tanda sayang Allah pada kita, kan?

Perjalanan masih jauh. Semoga Allah bimbing setiap langkah perjalanan kami dalam mengemudi bahtera anugerah Allah ini, jatuh bangun kami semoganya meningkatkan keimanan kami dan semakin mendekatkan kami kepada Sang Pencipta Yang Maha Agung. Amiiin//

May Allah bless & salam perkenalan,
Fatin